myMetro | SMSTSP juara bola sepak MSS Perlis
SEKOLAH Menengah Sains Tuanku Syed Putra (SMSTSP), Behor Pulai dan
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Hassan, Kangar dinobatkan juara
kategori Bawah 18 dan 15 kejohanan bola sepak Majlis Sukan
Sekolah-Sekolah (MSS) Perlis 2012.
Kejayaan bersejarah SMSTSP bagi kategori Bawah 18 itu diraih
selepas menewaskan SMK Abi, 3-2 pada perlawanan akhir yang berlangsung
di Stadium Mini Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Arau.
Kemenangan
SMK Syed Hassan, Kangar pula dicatat dengan kejayaan mengenepikan
cabaran SMK Datuk Sheikh Ahmad, Arau, 2-1 di venue sama.
SMSTSP melangkah ke pentas akhir selepas menang ke atas pasukan
projek MSSPs B-15 (Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Perlis B-15) manakala
SMK Abi mengatasi SMK Kuala Perlis.
Bagi kategori Bawah 15
tahun, SMK Syed Hassan ke akhir dengan menewaskan SMK Syed Alwi dan SMK
Datuk Sheikh Ahmad, Arau pula mengatasi SMK Perlis.
Pasukan
projek MSSPs dan SMK Kuala Perlis yang tewas di separuh akhir
diisytiharkan sebagai pemenang tempat ketiga bersama kategori Bawah 18,
manakala SMK Syed Alwi Kayang dan SMK Perlis, ketiga bersama kategori
Bawah 15.
No comments:
Post a Comment