Pages

Monday, June 11, 2012

myMetro | SMSTSP juara bola sepak MSS Perlis

myMetro | SMSTSP juara bola sepak MSS Perlis  

SMSTSP juara bola sepak MSS Perlis

Oleh Kamudin Baharom
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel
SEKOLAH Menengah Sains Tuanku Syed Putra (SMSTSP), Behor Pulai dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Hassan, Kangar dinobatkan juara kategori Bawah 18 dan 15 kejohanan bola sepak Majlis Sukan Sekolah-Sekolah (MSS) Perlis 2012.
Kejayaan bersejarah SMSTSP bagi kategori Bawah 18 itu diraih selepas menewaskan SMK Abi, 3-2 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Mini Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Arau.

Kemenangan SMK Syed Hassan, Kangar pula dicatat dengan kejayaan mengenepikan cabaran SMK Datuk Sheikh Ahmad, Arau, 2-1 di venue sama.
SMSTSP melangkah ke pentas akhir selepas menang ke atas pasukan projek MSSPs B-15 (Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Perlis B-15) manakala SMK Abi mengatasi SMK Kuala Perlis.

Bagi kategori Bawah 15 tahun, SMK Syed Hassan ke akhir dengan menewaskan SMK Syed Alwi dan SMK Datuk Sheikh Ahmad, Arau pula mengatasi SMK Perlis.

Pasukan projek MSSPs dan SMK Kuala Perlis yang tewas di separuh akhir diisytiharkan sebagai pemenang tempat ketiga bersama kategori Bawah 18, manakala SMK Syed Alwi Kayang dan SMK Perlis, ketiga bersama kategori Bawah 15.

No comments:

Post a Comment