Sunday, August 29, 2010

Penyakit Batu karang - Beware..

Penyakit Batu Karang
(dari http://ligakampung.com/blog/penyakit-batu-karang/ )
Assalamualaikum dan salam sejahtera ..

Nampaknya baru-baru ini saya sedikit dikejutkan dengan berita seorang rakan saya yang mengidap penyakit batu karang .. Walaubagaimanapun beliau masih diperingkat awal.. Jadi sebagai seorang rakan, saya cuba untuk mencari sedikit informasi bagi membantu kesihatan beliau. Melalui carian di laman-laman web ini saya berkongsi pengetahuan yang ditulis..

Apa itu batu Karang
Batu Karang

” Batu yang terdapat dalam ginjal atau lebih dikenali dengan “Buah Pinggang” terjadi dari tumbuhan kristal halus dari beberapa jenis kimia. Kimia yang paling lumrah adalah kalsium oxalat, kalsium pospat dan yang kurang dikenali ialah asid uric, cystine dan magnesiam pospat ammonia.
Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan boleh jadi sebesar bola golf. Kebanyakkan batu tumbuh membesar dalam ginjal, kemudian bergerak ke bawah ke dalam saluran kencing dimana ianya menjadi bertambah besar.
Kesulitan akan timbul apabila batu-batu menjadi terlalu besar yang mengakibatkan ganguan kepada perjalanan aliran air kencing. Ini boleh membawa kepada penyakit dimana kuman-kuman akan merebak. Gangguan dan/ atau perebakan kuman itu akan mengakibatkan kerosakan ginjal, jika tidak diubati segera.


PUNCA-PUNCA PENYAKIT / FAKTOR RISIKO

1) Ketidaksempurnaan dalam aliran saluran kencing
2) Terlalu banyak makan makanan laut yang mengandungi kandungan kimia yang tinggi
3) Kegagalan buah pinggang
4) Tahap metabolisme seseorang
5) Nanah yang mengeras akibat jangkitan kuman semasa kecil
6) Kekurangan pengambilan air minuman
7) Jangkitan parasit atau cacing di dalam pundi kencing

TANDA-TANDA / SIMPTOM

1) Sakit pada bahagian abdomen iaitu pada sisi kanan dan kiri pinggang
2) Kesakitan seperti berdenyut, berat, dan sakit melilit yang amat sangat seperti hendak bersalin
3) Loya-loya,hendak muntah dan berpeluh.
4) Sukar kencing atau lansung tak boleh kencing dan kencing berdarah/bernanah
5) Demam yang mengigil dan tubuh jadi lemah,muka jadi pucat/sembab dan kulit jadi kering

PANDUAN BAGI PESAKIT BATU KARANG

1. Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing.
2. Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat.
3. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang
4. Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.
5. Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.
6. Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.
7. Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.
8. Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol.

p/s :- Info-info ini hanya di copy paste dari laman-laman web berikut
http://lazyguides.info/batukarang/
http://www.mahsuri.com.my/blog/rawatan/batu-karang
Komuniti Ukhwah.com
Komuniti DarulMakmur

Mungkin anda-anda ada pengetahuan dan pengalaman boleh berkongsi bersama..Untuk lebih kepastian sila rujuk pakar.. Semoga rakan saya akan kembali cergas semula.. AMIN…