Friday, September 2, 2011

Raya Recipe - Rendang Ayam Perak Perlis

Rendang Ayam

  1. Potong seekor ayam - kecil2
  2. Blend semua bahan berikut : lengkuas, halia, serai, kunyit hidup, cili kering, bawang merah, bawang putih, dan buah keras.
  3. masukkan bahan blend tadi kedalam periuk, tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan ayam yang telah dipotong kecil2 tadi.
  5. Masukkan garam, serbuk ikan bilis, perisa hilal
  6. Masukkan santan 
  7. Masukkan hirisan daun kunyit.
Hidangkan

Raya Recipe - Mee Udang Nor

My Mee Udang Nor - my own recipe .......

  1. Tumis bwg merah , bwg putih yang dihiris (se senduk)
  2. Bila bwg2 garing, masukkan cili boh sesenduk.(cili boh - blend cili kering dgn air)
  3. Bila wangi, masukkan ayam dihiris halus dan udang besar....1mangkuk kecil kedua2nya..
  4. Masukkan prego spaghetti sauce 2 senduk
  5. Masukkan soup Tomato Heinz 1/2 tin
  6. Tambahkan air 3 gelas, garam, serbuk ikan bilis Knorr, dan perisa Hilal/ Sedap Rasa; juga sedikit sos tiram.
  7. Bila mendidih dan nampak keluar minyak... perlahankan api
  8. Masukkan 2 bungkus mee basah, sekiranya kuah kurang, tambah air lagi..
  9. Kacau sehingga mee lembut, masukkan sayur sawi secekak , dipotong kecil
  10. Hidangkan didalam mangkuk supaya tidak kering kuahnya.. Mee dan kuahnya boleh juga diasingkan, dan dicampur cuma bila hendak dimakan...
Good Luck..... Semoga Allah memberkati usaha ini., insyaAllah... Amin..