Thursday, January 9, 2014

nama kelas baru bagi tg 1,2 &3


  itqan
 
Sesungguhnya Allah suka kepada seseorang kamu yang apabila melakukan sesuatu kerja maka dilakukannya dengan bersungguh-sungguh (itqan). (al hadith)
p/s: Maksud ‘itqan’ dalam bahasa Arab adalah melakukan sesuatu dengan penuh komitmen, kemahiran yang tinggi dan iltizam. didoakan semoga anda semua akan lebih itqan dalam melakukan sesuatu selepas ini :)

ihsan
“Rasulullah SAW bersabda, “Ihsan ialah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Jika engkau tidak melihatnya, maka yakinlah bahwa Dia pasti melihatmu.” (HR Bukhari dan Muslim)


iltizam
Seseorang Muslim yang ingin berjaya haruslah mempunyai kekuatan Iltizam.  Apa itu iltizam? Antara makna lain bagi iltizam ialah berpegang teguh terhadap prinsip yang dipegang, bersungguh-sungguh atau perkataan inggeris yang telah dimelayukan iaitu komited.  Banyak pepatah melayu tentang iltizam, guna menyemarakkan sifat iltizam ini.  Antaranya :-
“Genggam bara api, biar sampai jadi arang”
“Biar terbakar di tangan, jangan terbakar di hati”
Biar mati bergalang tanah, tidak hidup bercermin bangkai”

ikhlas

Ikhlas adalah salah satu hal yang bisa menyebabkan suatu amalan ibadah kita diterima Allah Ta'ala. Yang dimaksud dengan pengertian ikhlas adalah memurnikan ibadah atau amal shalih hanya untuk Allah dengan mengharap pahala dari Nya semata. Jadi dalam beramal kita hanya mengharap balasan dari Allah, tidak dari manusia atau makhluk-makhluk yang lain. Demikian adalah pengertian Ikhlas dalam Islam. - See more at: http://abufarras.blogspot.com/2013/03/arti-makna-ikhlas.html#sthash.1TarjdCJ.dpuf

- tidak riak dan ujub