Thursday, December 5, 2013
Saturday, November 30, 2013
KISAH NABI IBRAHIM ALAI HIS SALAM
Nabi Ibrahim adalah putera Aaazar {Tarih} bin Tahur bin Saruj bin Rau' bin Falij bin Aaabir bin Syalih bin Arfakhsyad bin Saam bin Nuh a.s. Ia dilahirkan di sebuah tempat bernama "Faddam A'ram" dalam kerajaan "Babylon" yang pada waktu itu diperintah oleh seorang raja bernama "Namrud bin Kan'aan" Kerajaan Babylon pada masa itu termasuk kerajaan yang makmur rakyat hidup senang, sejahtera dalam keadaan serba cukup sandang mahupun pandangan serta saranan-saranan yang menjadi keperluan pertumbuhan jasmani mereka. Akan tetapi tingkatan hidup rohani mereka masih berada ditingkat jahiliyah. Mereka tidak mengenal Tuhan Pencipta mereka yang telah mengurniakan mereka dengan segala kenikmatan dan kebahagiaan duniawi. Persembahan mereka adalah patung-patung yang mereka pahat sendiri dari batu-batu atau terbuat dari lumpur dan tanah.
Raja mereka Namrud bin Kan'aan menjalankan tampuk pemerintahnya dengan tangan besi dan kekuasaan mutlak. Semua kehendaknya harus terlaksana dan segala perintahnya merupakan undang-undang yang tidak dapat dilanggar atau di tawar. Kekuasaan yang besar yang berada di tangannya itu dan kemewahan hidup yang berlebuh-lebihan yang ia nikmati lama-kelamaan menjadikan ia tidak puas dengan kedudukannya sebagai raja. Ia merasakan dirinya patut disembah oleh rakyatnya sebagai tuhan. Ia berfikir jika rakyatnya mahu dan rela menyembah patung-patung yang terbina dari batu yang tidak dapat memberi manfaat dan mendatangkan kebahagiaan bagi mereka, mengapa bukan dialah yang disembah sebagai tuhan. Dia yang dapat berbicara, dapat mendengar, dapat berfikir, dapat memimpin mereka, membawa kemakmuran bagi mereka dan melepaskan dari kesengsaraan dan kesusahan. Dia yang dapat mengubah orang miskin menjadi kaya dan orang yang hina-dina diangkatnya menjadi orang mulia dan disamping itu semuanya, ia adalah raja yang berkuasa dan memiliki negara yang besar dan luas.
Di tengah-tengah masyarakat yang sedemikian buruknya lahir dan dibesarkanlah Nabi Ibrahim dari seorang ayah yang bekerja sebagai pemahat dan pedagang patung. Ia sebagai calun Rasul dan pesuruh Allah s.w.t. yang akan membawa pelita kebenaran kepada kaumnya, jauh-jauh telah di ilhami akal sihat dan fikiran tajam serta kesedaran bahawa apa yang telah diperbuat oleh kaumnya termasuk ayahnya sendiri adalah perbuat yang sesat yang menandakan kebodohan dan kecetekan fikiran dan bahawa persembahan kaumnya kepada patung-patung itu adalah perbuatan mungkar yang harus dibanteras dan diperangi agar mereka kembali kepada persembahan yang benar ialah persembahan kepada Tuhan Yang Maha Esa, Tuhan pencipta alam semesta ini.
Semasa remajanya Nabi Ibrahim sering disuruh ayahnya keliling kota menjajakan patung-patung buatannya namun kerana iman dan tauhid yang telah diilhamkan oleh Allah s.w.t. kepadanya ia tidak bersemangat untuk menjajakan barang-barang itu bahkan secara mengejek ia menawarkan patung-patung ayahnya kepada calun pembeli dengan kata-kata:"Siapakah yang akan membeli patung-patung yang tidak berguna ini? "
Nabi Ibrahim Ingin Melihat Bagaimana Makhluk Yang Sudah Mati Dihidupkan Kembali Oleh Allah s.w.t.
Nabi Ibrahim yang sudah berketetapan hati hendak memerangi syirik dan persembahan berhala yang berlaku dalam masyarakat kaumnya ingin lebih dahulu mempertebalkan iman dan keyakinannya, menenteramkan
hatinya serta membersihkannya dari keragu-raguan yang mungkin sekali mangganggu fikirannya dengan memohon kepada Allah s.w.t. agar diperlihatkan kepadanya bagaimana Dia menghidupkan kembali makhluk-makhluk yang sudah mati. Berserulah ia kepada Allah s.w.t. : "YaTuhanku! Tunjukkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang sudah mati." Allah s.w.t. menjawab seruannya dengan berfirman: "Tidakkah engkau beriman dan percaya kepada kekuasaan-Ku? "Nabi Ibrahim menjawab: "Betul, wahai Tuhanku, aku telah beriman dan percaya kepada-Mu dan kepada kekuasaan-Mu, namun aku ingin sekali melihat itu dengan mata kepala ku sendiri, agar aku mendapat ketenteraman dan ketenangan dan hatiku dan agar makin menjadi tebal dan kukuh keyakinanku kepada-Mu dan kepada kekuasaan-Mu."
Allah s.w.t. memperkenankan permohonan Nabi Ibrahim lalu diperintahkanlah ia menangkap empat ekor burung lalu setelah memperhatikan dan meneliti bahagian tubuh-tubuh burung itu, memotongnya menjadi berkeping-keping mencampur-baurkan kemudian tubuh burung yang sudak hancur-luluh dan bercampur-baur itu diletakkan di atas puncak setiap bukit dari empat bukit yang letaknya berjauhan satu dari yang lain. Setelah dikerjakan apa yang telah diisyaratkan oleh Allah s.w.t. itu, diperintahnyalah Nabi Ibrahim memanggil burung-burung yang sudah terkoyak-koyak tubuhnya dan terpisah jauh tiap-tiap bahagian tubuh burung dari bahagian yang lain.
Dengan izin Allah s.w.t. dan kuasa-Nya datanglah berterbangan enpat ekor burung itu dalam keadaan utuh bernyawa seperti sedia kala begitu mendengar seruan dan panggilan Nabi Ibrahim kepadanya lalu hinggaplah empat burung yang hidup kembali itu di depannya, dilihat dengan mata kepalanya sendiri bagaimana Allah Yang Maha Berkuasa dapat menghidupkan kembali makhluk-Nya yang sudah mati sebagaimana Diamenciptakannya dari sesuatu yang tidak ada. Dan dengan demikian tercapailah apa yang diinginkan oleh Nabi Ibrahim untuk mententeramkan hatinya dan menghilangkan kemungkinan ada keraguan di dalam iman dan keyakinannya, bahawa kekuasaan dan kehendak Allah s.w.t. tidak ada sesuatu pun di langit atau di bumi yang dapat menghalangi atau menentangnya dan hanya kata "Kun" yang difirmankan oleh-Nya maka terjadilah akan apa yang dikenhendaki "Fayakun".
Nabi Ibrahim Berdakwah Kepada Ayah Kandungnya
Aazar, ayah Nabi Ibrahim tidak terkecuali sebagaimana kaumnya yang lain, bertuhan dan menyembah berhala bahkan ia adalah pedagang dari patung-patung yang dibuat dan dipahatnya sendiri dan daripadanya orang membeli patung-patung yang dijadikan persembahan. Nabi Ibrahim merasa bahawa kewajiban pertama yang harus ia lakukan sebelum berdakwah kepada orang lain ialah menyedarkan ayah kandungnya dulu orang yang terdekat kepadanya bahwa kepercayaan dan persembahannya kepada berhala-berhala itu adalah perbuatan yang sesat dan bodoh. Beliau merasakan bahawa kebaktian kepada ayahnya mewajibkannya memberi penerangan kepadanya agar melepaskan kepercayaan yang sesat itu dan mengikutinya beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa.
Dengan sikap yang sopan dan adab yang patut ditunjukkan oleh seorang anak terhadap orang tuanya dan dengan kata-kata yang halus ia datang kepada ayahnya menyampaikan bahawa ia diutuskan oleh Allah s.w.t. sebagai nabi dan rasul dan bahawa ia telah diilhamkan dengan pengetahuan dan ilmu yang tidak dimiliki oleh ayahnya. Ia bertanya kepada ayahnya dengan lemah lembut gerangan apakah yang mendorongnya untuk menyembah berhala seperti lain-lain kaumnya padahal ia mengetahui bahawa berhala-berhala itu tidak berguna sedikit pun tidak dapat mendatangkan keuntungan bagi penyembahnya atau mencegah kerugian atau musibah. Diterangkan pula kepada ayahnya bahawa penyembahan kepada berhala-berhala itu adalah semata-mata ajaran syaitan laknatullah yang memang menjadi musuh kepada manusia sejak Adam diturunkan ke bumi lagi. Ia berseru kepada ayahnya agar merenungkan dan memikirkan nasihat dan ajakannya berpaling dari berhala-berhala dan kembali menyembah kepadaAllah s.w.t. yang menciptakan manusia dan semua makhluk yang dihidupkan memberi mereka rezeki dan kenikmatan hidup serta menguasakan bumi dengan segala isinya kepada manusia.
Aazar menjadi merah mukanya dan mebuka matanya mendengar kata-kata seruan puteranya Nabi Ibrahim yang dianggapnya sebagai dosa dan hal yang kurang patut bahawa puteranya telah berani mengecam dan menghina kepercayaan ayahnya bahkan mengajakkannya untuk meninggalkan kepercayaan itu dan menganut kepercayaan dan agama yang ia bawa. Ia tidak menyembunyikan murka dan marahnya tetapi dinyatakannya dalam kata-kata yang kasar dan dalam maki hamun seakan-akan tidak ada hunbungan diantara mereka. Ia berkata kepada Nabi Ibrahim dengan nada gusar: "Hai Ibrahim! Berpalingkah engkau dari kepercayaan dan persembahanku? Dan kepercayaan apakah yang engkau berikan kepadaku yang menganjurkan agar aku mengikutinya? Janganlah engkau membangkitkan marahku dan cuba mendurhakaiku. Jika engkau tidak menghentikan penyelewenganmu dari agama ayahmu dan tidak engkau hentikan usahamu mengecam dan memburuk-burukkan persembahanku, maka keluarlah engkau dari rumahku ini. Aku tidak sudi bercampur denganmu didalam suatu rumah di bawah suatu atap. Pergilah engkau dari mukaku sebelum aku menimpamu dengan batu dan mencelakakan engkau."
Nabi Ibrahim menerima kemarahan ayahnya, pengusirannya dan kata-kata kasarnya dengan sikap tenang, normal selaku anak terhadap ayah seraya berkaat: "Oh ayahku! Semoga engkau selamat, aku akan tetap memohonkan ampun bagimu dari Allah s.w.t. dan akan tinggalkan kamu dengan persembahan selain kepada Allah s.w.t. Mudah-mudahan aku tidak menjadi orang yang celaka dan malang dengan doaku untukmu" Lalu keluarlah Nabi Ibrahim meninggalkan rumah ayahnya dalam keadaan sedih kerana tidak berhasil mengangkatkan ayahnya dari lembah syirik dan kufur.
Nabi Ibrahim Menghancurkan Berhala-berhala
Kegagalan Nabi Ibrahim dalam usahanya menyedarkan ayahnya yang tersesat itu sangat menusuk hatinya kerana ia sebagai putera yang baik ingin sekali melihat ayahnya berada dalam jalan yang benar terangkat dari lembah kesesatan dan syirik namun ia sedar bahawa hidayah itu adalah di tanganAllah s.w.t. dan bagaimana pun ia ingin dengan sepenuh hatinya agar ayahnya mendapat hidayah, bila belum dikehendaki oleh Allah s.w.t. maka sia-sialah keinginan dan usahanya. Penolakan ayahnya terhadap dakwahnya dengan cara yang kasar dan kejam itu tidak sedikit pun mempengaruhi ketetapan hatinya dan melemahkan semangatnya untuk berjalan terus memberi penerangan kepada kaumnya untuk menyapu bersih persembahan yang bathil dan kepercayaan-kepercayaan yang bertentangan dengan tauhid dan iman kepada Allah s.w.t. dan Rasul-Nya
Nabi Ibrahim tidak henti-henti dalam setiap kesempatan mengajak kaumnya berdialog dan bermujadalah tentang kepercayaan yang mereka anut dan ajaran yang ia bawa. Dan ternyata bahawa bila mereka sudah tidak berdaya menolak dan menyanggah alasan-alasan dan dalil-dalil yang dikemukakan oleh Nabi Ibrahim tentang kebenaran ajarannya dan kebathilan kepercayaan mereka maka dalil dan alasan yang usanglah yang mereka kemukakan iaitu bahawa mereka hanya meneruskan apa yang oleh bapa-bapa dan nenek moyang mrk dilakukan dan sesekali mereka tidak akan melepaskan kepercayaan dan agama yang telah mereka warisi.
Nabi Ibrahim pada akhirnya merasa tidak bermanfaat lagi berdebat dan bermujadalah dengan kaumnya yang berkepala batu dan yang tidak mahu menerima keterangan dan bukti-bukti nyata yang dikemukakan oleh beliau dan selalu berpegang pada satu-satunya alasan bahawa mereka tidak akan menyimpang dari cara persembahan nenek moyang mereka, walaupun oleh Nabi Ibrahim dinyatakan berkali-kali bahawa mereka dan bapa-bapa mereka keliru dan tersesat mengikuti jejak syaitan laknatullah dan iblis laknatullah. Nabi Ibrahim kemudian merancang akan membuktikan kepada kaumnya dengan perbuatan yang nyata yang dapat mereka lihat dengan mata kepala mereka sendiri bahawa berhala-berhala dan patung-patung mereka betul-betul tidak berguna bagi mereka dan bahkan tidak dapat menyelamatkan dirinya sendiri.
Adalah sudah menjadi tradisi dan kebiasaan penduduk kerajaan Babylon bahawa setiap tahun mereka keluar kota beramai-ramai pada suatu hari raya yang mereka anggap sebagai keramat. Berhari-hari mereka tinggal di luar kota di suatu padang terbuka, berkhemah dengan membawa bekalan makanan dan minuman yang cukup. Mereka bersuka ria dan bersenang-senang sambil meninggalkan kota-kota mereka kosong dan sunyi. Mereka berseru dan mengajak semua penduduk agar keluar meninggalkan rumah dan turut beramai -ramai menghormati hari-hari suci itu. Nabi Ibrahim yang juga turut diajak turut serta berlagak berpura-pura sakit dan diizinkanlah ia tinggal di rumah apalagi mereka merasa khuatir bahawa penyakit Nabi Ibrahim yang dibuat-buat itu akan menular dan menjalar di kalangan mereka bila ia turut serta.
"Inilah dia kesempatan yang ku nantikan," kata hati Nabi Ibrahim tatkala melihat kota sudah kosong dari penduduknya, sunyi senyap tidak terdengar kecuali suara burung-burung yang berkicau, suara daun-daun pohon yang gemerisik ditiup angin kencang. Dengan membawa sebuah kapak ditangannya ia pergi menuju tempat beribadatan kaumnya yang sudah ditinggalkan tanpa penjaga, tanpa juru kunci dan hanya deretan patung-patung yang terlihat diserambi tempat peribadatan itu. Sambil menunjuk kepada semahan bunga-bunga dan makanan yang berada di setiap kaki patung berkata Nabi Ibrahim mengejek: "Mengapa kamu tidak makan makanan yang lazat yang disaljikan bagi kamu ini? Jawablah aku dan berkata-katalah kamu" Kemudian disepak, ditamparlah patung-patung itu dan dihancurkannya berpotong-potong dengan kapak yang berada di tangannya. Patung yang besar ditinggalkannya utuh, tidak diganggu yang pada lehernya dikalungkanlah kapak Nabi Ibrahim itu.
Terperanjat dan terkejutlah para penduduk, tatkala pulang dari berpesta ria di luar kota dan melihat keadaan patung-patung, tuhan-tuhan mereka hancur berantakan dan menjadi potongan-potongan terserak-serak di atas lantai. Bertanyalah satu kepada yang lain dengan nada hairan dan takjub: "Gerangan siapakah yang telah berani melakukan perbuatan yang jahat dan keji ini terhadap tuhan-tuhan persembahan kita ini?" Berkata salah seorang diantara mereka: "Ada kemungkinan bahawa orang yang selalu mengolok-olok dan mengejek persembahan kami yang bernama Ibrahim itulah yang melakukan perbuatan yang berani ini" Seorang yang lain menambah keterangan dengan berkata: "Bahkan dialah yang pasti berbuat, kerana ia adalah satu-satunya orang yang tinggal di kota sewaktu kami semua berada di luar merayakan hari suci dan keramat itu." Selidik punya selidik, akhirnya terdapat kepastian yang tidak diragukan lagi bahawa Ibrahimlah yang merosakkan dan memusnahkan patung-patung itu. Rakyat kota beramai-ramai membicarakan kejadian yang dianggap suatu kejadian atau penghinaan yang tidak dapat diampuni terhadap kepercayaan dan persembahan mereka. Suara marah, jengkel dan kutukan terdengar dari segala penjuru, yang menuntut agar si pelaku diminta bertanggungjawab dalam suatu pengadilan terbuka, di mana seluruh rakyat penduduk kota dapat turut serta menyaksikannya.
Dan memang itulah yang diharapkan oleh Nabi Ibrahim agar pengadilannya dilakukan secara terbuka di mana semua warga masyarakat dapat turut menyaksikannya. Kerana dengan cara demikian beliau dapat secara terselubung berdakwah menyerang kepercayaan mereka yang bathil dan sesat itu, seraya menerangkan kebenaran agama dan kepercayaan yang ia bawa, kalau diantara yang hadir ada yang masih boleh diharapkan terbuka hatinya bagi iman dari tauhid yang ia ajarkan dan dakwahkan. Hari pengadilan ditentukan dan datang rakyat dari segala pelosok berduyung-duyung mengujungi padang terbuka yang disediakan bagi sidang pengadilan itu.
Ketika Nabi Ibrahim datang menghadap para hakim yang akan mengadili ia disambut oleh para hadirin dengan teriakan kutukan dan cercaan, menandakan sangat gusarnya para penyembah berhala terhadap beliau yang telah berani menghancurkan persembahan mereka. Ditanyalah Nabi Ibrahim oleh para hakim: "Apakah engkau yang melakukan penghancuran dan merosakkan tuhan-tuhan kami?" Dengan tenang dan sikap dingin, Nabi Ibrahim menjawab: "Patung besar yang berkalungkan kapak dilehernya itulah yang melakukannya. Cuba tanya saja kepada patung-patung itu siapakah yang menghancurkannya." Para hakim terdiam sejenak seraya melihat yang satu kepada yang lain dan berbisik-bisik, seakan-akan Ibrahim yang mengandungi ejekan itu. Kemudian berkata si hakim: "Engkaukan tahu bahawa patung-patung itu tidak dapat bercakap dan berkata mengapa engkau minta kami bertanya kepadanya?" Tibalah masanya yang memang dinantikan oleh Nabi Ibrahim, maka sebagai jawapan atas pertanyaan yang terakhir itu beliau berpidato membentangkan kebathilan persembahan mereka, yang mereka pertahankan mati-matian, semata-mata hanya kerana adat itu adalah warisan nenek-moyang. Berkata Nabi Ibrahim kepada para hakim itu: "Jika demikian halnya, mengapa kamu sembah patung-patung itu, yang tidak dapat berkata, tidak dapat melihat dan tidak dapat mendengar, tidak dapat membawa manfaat atau menolak mudharat, bahkan tidak dapat menolong dirinya dari kehancuran dan kebinasaan? Alangkah bodohnya kamu dengan kepercayaan dan persembahan kamu itu! Tidakkah dapat kamu berfikir dengan akal yang sihat bahawa persembahan kamu adalah perbuatan yang keliru yang hanya difahami oleh syaitan laknatullah. Mengapa kamu tidak menyembah Tuhan yang menciptakan kamu, menciptakan alam sekeliling kamu dan menguasakan kamu di atas bumi dengan segala isi dan kekayaan. Alangkah hina dinanya kamu dengan persembahan kamu itu."
Setelah selesai Nabi Ibrahim menguraikan pidatonya iut, para hakim mencetuskan keputusan bahawa Nabi Ibrahim harus dibakar hidup-hidup sebagai ganjaran atas perbuatannya menghina dan menghancurkan tuhan-tuhan mereka, maka berserulah para hakim kepada rakyat yang hadir menyaksikan pengadilan itu: "Bakarlah ia dan belalah tuhan-tuhanmu, jika kamu benar-benar setia kepadanya."
Nabi Ibrahim Dibakar Hidup-hidup
Keputusan mahkamah telah dijatuhakan.Nabi Ibrahim harus dihukum dengan membakar hidup-hidup dalam api yang besar sebesar dosa yang telah dilakukan. Persiapan bagi upacara pembakaran yang akan disaksikan oleh seluruh rakyat sedang diaturkan. Tanah lapang bagi tempat pembakaran disediakan dan diadakan pengumpulan kayu bakar dengan banyaknya dimana tiap penduduk secara gotong-royong harus mengambil bahagian membawa kayu bakar sebanyak yang ia dapat sebagai tanda bakti kepada tuhan-tuhan persembahan mereka yang telah dihancurkan oleh Nabi Ibrahim.
Berduyun-duyunlah para penduduk dari segala penjuru kota membawa kayu bakar sebagai sumbangan dan tanda bakti kepada tuhan mereka. Diantara terdapat para wanita yang hamil dan orang yang sakit yang membawa sumbangan kayu bakarnya dengan harapan memperolehi barakah dari tuhan-tuhan mereka dengan menyembuhkan penyakit mereka atau melindungi yang hamil di kala ia bersalin. Setelah terkumpul kayu bakar di lanpangan yang disediakan untuk upacara pembakaran dan tertumpuk serta tersusun laksan sebuah bukit, berduyun-duyunlah orang datang untuk menyaksikan pelaksanaan hukuman atas diri Nabi Ibrahim. Kayu lalu dibakar dan terbentuklah gunung berapi yang dahsyat yang sedang berterbangan di atasnya berjatuhan terbakar oleh panasnya wap yang ditimbulkan oleh api yang menggunung itu. Kemudian dalam keadaan terbelenggu, Nabi Ibrahim didatangkan dan dari atas sebuah gedung yang tinggi dilemparkanlah ia kedalam tumpukan kayu yang menyala-nyala itu dengan iringan firman Allah s.w.t.: "Hai api, menjadilah engkau dingin dan keselamatan bagi Ibrahim."
Sejak keputusan hukuman dijatuhkan sampai saat ia dilemparkan ke dalam bukit api yang menyala-nyala itu, Nabi Ibrahim tetap menunjukkan sikap tenang dan tawakkal kerana iman dan keyakinannya bahawa Allah s.w.t. tidak akan rela melepaskan hamba pesuruhnya menjadi makanan api dan kurban keganasan orang-orang kafir musuh Allah s.w.t.. Dan memang demikianlah apa yang terjadi tatkala ia berada dalam perut bukit api yang dahsyat itu ia merasa dingin sesuai dengan seruan Allah s.w.t. Pelindungnya dan hanya tali temali dan rantai yang mengikat tangan dan kakinya yang terbakar hangus, sedang tubuh dan pakaian yang terlekat pada tubuhnya tetap utuh, tidak sedikit pun tersentuh oleh api, hal mana merupakan suatu mukjizat yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepada hamba pilihannya, Nabi Ibrahim, agar dapat melanjutkan penyampaian risalah yang ditugaskan kepadanya kepada hamba-hamba Allah s.w.t. yang tersesat itu.
Para penonton upacara pembakaran hairan tercenggang tatkala melihat Nabi Ibrahim keluar dari bukit api yang sudah padam dan menjadi abu itu dalam keadaan selamat, utuh dengan pakaiannya yang tetap berbeza seperti biasa, tidak ada tanda-tanda sentuhan api sedikit jua pun. Mereka bersurai meninggalkan lapangan dalam keadaan hairan seraya bertanya-tanya pada diri sendiri dan di antara satu sama lain bagaimana hal yang ajaib itu berlaku, padahal menurut anggapan mereka dosa Nabi Ibrahim sudah nyata mendurhakai tuhan-tuhan yang mereka puja dan sembah. Ada sebahagian daripada mereka yang dalam hati kecilnya mulai meragui kebenaran agama mereka namun tidak berani melahirkan rasa ragu-ragunya itu kepada orang lain, sedang para pemuka dan para pemimpin mereka merasa kecewa dan malu, kerana hukuman yang mereka jatuhkan ke atas diri Nabi Ibrahim dan kesibukan rakyat mengumpulkan kayu bakar selama berminggu-minggu telah berakhir dengan kegagalan, sehingga mereka merasa malu kepada Nabi Ibrahim dan para pengikutnya.
Mukjizat yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Ibrahim sebagai bukti nyata akan kebenaran dakwahnya, telah menimbulkan kegoncangan dalam kepercayaan sebahagian penduduk terhadap persembahan dan patung-patung mereka dan membuka mata hati banyak daripada mereka untuk memikirkan kembali ajakan Nabi Ibrahim dan dakwahnya, bahkan tidak kurang daripada mereka yang ingin menyatakan imannya kepada Nabi Ibrahim, namun khuatir akan mendapat kesukaran dalam penghidupannya akibat kemarahan dan balas dendam para pemuka dan para pembesarnya yang mungkin akan menjadi hilang akal bila merasakan bahawa pengaruhnya telah beralih ke pihak Nabi Ibrahim.
Isteri Nabi Nuh Menempuh Jalan Kesesatan
Artikel Dari: Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my
http://www.hanan.com.my/
Tarikh: Sabtu, 26 Julai 2003 @ 13:26:13
Topik: Tazkirah
isteri Luth, mereka adalah isteri dua orang hamba di antara hamba-
hamba Kami yang soleh. Tapi mereka berkhianat (kepada suami-
suaminya). Maka, mereka tiada berdaya membantu mereka sedikitpun
terhadap seksaan Allah. Kepada mereka dikatakan: "Masuklah kamu ke
dalam neraka Jahannam bersama orang yang masuk ( ke dalamnya)!" (At-
Tahrim: 10)
Seorang wanita bangun dari tidurnya, dan langsung menuju dapur untuk
membuat makanan dan kueh-kueh. Setelah semua pekerjaan itu selesai,
ia segera keluar rumah tanpa memberitahu suaminya, Nabi Nuh. Sebelum
pintu rumahnya terbuka, tiba-tiba anak-anaknya yang masih muda,
Kan'an, menegurnya:
"Mahu ke mana Ibu pagi-pagi ini?"
Ibu mengisyaratkan sesuatu agar anaknya merendahkan suara, supaya
tidak terdengar oleh orang lain. Lalu berkata:
"Lupakah kamu, Kan'an, bahwa hari ini adalah hari raya tuhan-tuhan
kita. Aku akan pergi ke Makbad Besar. Di sana kaum kita telah
menunggu untuk bersama-sama melaksanakan penyembahan kepada tuhan
yang telah memberi rezeki dan menolong kita."
Kan'an memandang ibunya dengan wajah tersenyum, dan kemudian
berkata: "Ibu berbuat yang terbaik. Nanti aku akan menyusul ke sana,
sebab bukankah ibu tahu bahwa ayah tidak senang melihat kita
bekerjasama dalam hal ini."
Pergilah isteri Nuh ke Makbad Besar itu. Sesampainya di sana, ia
segera berdiri di depan berhala dan berucap: "Wed, Suwa, Yaghuts
ya'uq, dan Masr..." (nama-nama, berhala) lah kemudian memohon, berdoa,
mendekatkan diri, dan mempersembahkan makanan serta minuman bagi para
penjaga yang mulai menyuarakan kalimat-kalimat yang tidak dapat
difahami maksudnya. Kemudian mereka menunjukkan kepada tuhan-tuhan,
dan sekali lagi menunjuk kepada orang-orang yang mempersembahkan
korban dan mengangkat wajah mereka dengan mata terpejam, agar orang
yang mempersembahkan korban itu merasa bahwa Tuhan senang dan rela
kepada mereka.
Isteri Nabi Nuh melihat, dan ia dapati puteranya Kan'an, telah keluar
dari ruangan sembahan menuju arena tarian di sebelah Makbad. Di
tempat itu, kaum lelaki dan perempuan bercampur menjadi satu;
melakukan perbuatan-perbuatan sesuka hati mereka sambil bersukaria.
Melihat itu, sang ibu merasa cemas dan khuatir terhadap keadaan
anaknya. Diserunya Kan'an agar kembali kepadanya, tetapi Kan'an malah
bersembunyi di tengah-tengah keramaian itu tatkala ia mendengar
panggilan ibunya. Karena Kan'an tidak kembali setelah lama dipanggil,
sang ibu segera kembali menuju berhala-berhala dan mulai berdoa lagi.
Ia tidak ingin menyibukkan diri dengan urusan anaknya itu. Sambil
berdoa, ia mengeluarkan secarik kain yang telah disapu wangi-wangian
dari bungkusannya, dan kemudian diletakkannya di kaki berhala. Itulah
pekerjaan yang biasa dilakukannya.
Waktu berlalu dengan cepat, dan upacara penyembahan akhirnya selesai.
Isteri Nabi Nuh kemudian kembali ke rumahnya. Dalam perjalanan
pulang, ia bertemu dengan anaknya, Kan'an, yang wajahnya tampak masam
air mukanya. Cepat-cepat ia mendekati anaknya itu dan berkata: "Apa
yang sedang kamu fikirkan, Puteraku?"
"Tahukah ibu, apa yang telah dilakukan Nuh, ayahku?" Kata Kan'an.
"Apa yang ia perbuat, Kan'an?" Tanya ibunya dengan wajah penuh
kesedihan.
"Ia menyeru umat di pasar, dan orang-orang di sekelilingnya, dan
membantah apa yang diserukan mereka!" Jawab Kan'an.
"Apa yang telah dilakukannya di pasar?" Tanya ibunya kemudian! Apakah
ia hendak menjual kayu-kayu yang ia jadikan perkakas rumah?"
Anaknya menjawab: "Aku telah mendengar bahwa ia berkata: `Hai,
kaumku, sesungguhnya aku adalah pemberi peringatan yang nyata bagimu;
maka sembahlah Allah, bertakwalah dan taatlah kepadaNya."
Isteri Nabi Nuh memandang Kan'an seraya berkata: "Kalau begitu,
ayahmu tidak menghendaki kita menyembah tuhan-tuhan yang memberi
rezeki dan memelihara kita."
"Sesungguhnya ia benci akan hal itu dan bahkah menghinanya. Ia tidak
pernah bersedia mempersembahkan korban kepada tuhan-tuhan yang biasa
kita lakukan," jawab Kan'an.
Isteri Nuh dan anaknya pulang ke rumah. Sepanjang jalan keduanya
lebih banyak membisu. Tetapi kemudian Kan'an memecahkan kesunyian itu
dengan bertanya: "Apakah yang akan kita lakukan ibu, bila ayah
menyeru kita seperti yang ia serukan kepada kaum negeri ini?"
"Tuhan-tuhan akan mengutukmu, Kan'an, jika engkau turuti seruan
ayahmu itu!" Jawab ibunya. "Apakah kita akan meninggalkan agama kita
dan agama nenek moyang kita hanya karena ayahmu menyerukan yang lain?
Tidak! Sesungguhnya hal itu tidak boleh terjadi!"
Sebelum tengah malam tiba, Nabi Nuh telah sampai di rumahnya.
Semalaman isteri dan anak Nuh tidak dapat memejamkan mata. Nabi Nuh
meletakkan tongkatnya di dinding rumahnya, kemudian duduk. Tidak
lama, isterinya mendekati dan berkata: "Mengapa engkau terlambat
pulang sampai larut malam?"
"Aku mesti menyampaikan risalah yang diperintahkan Allah kepadaku."
Jawab Nabi Nuh.
"Risalah apakah itu, Nuh?" Tanya isterinya.
Nabi Nuh menjawab: "Agar manusia menyembah Tuhannya dan meninggalkan
penyembahan kepada berhala-berhala."
"Kamu telah bertahun-tahun hidup bersama kami," sahut isterinya
kemudian. "Tetapi kini kamu berselisih dengan apa yang disembah oleh
kaummu. Maka, bagaimanakah mereka akan percaya kepadamu, yang tiba-
tiba mengatakan bahwa Allah telah mengutusmu kepada mereka dengan
membawa suatu risalah dan menyeru mereka untuk meninggalkan
sembahannya?"
Nabi Nuh menjawab: "Allah telah memilihku untuk menjalankan tugas ini
bila saja Dia kehendaki. Kumpulkan ke mari anak-anak kita. Aku akan
menunjukkan kepada mereka tentang risalah yang kubawa ini,
sebagaimana yang telah kuserukan kepada manusia!" Isteri Nuh tidak
bergerak dari tempatnya, sementara anaknya Kan'an, telah duduk di
sampingnya. Ia kemudian berkata kepada Nabi Nuh: "Anak-anakmu sedang
tidur. Tundalah hal itu sampai datang waktu pagi!"
Kalau begitu. Aku akan menyampaikan masalah ini kepada kalian berdua
lebih dahulu."
"Mengapa kamu tergesa-gesa dalam urusan ini, tidurlah sampai esok
pagi!" Sahut isterinya.
"Tidak!" Kata Nabi Nuh. "Aku harus melaksanakan tanggungjawabku
terhadap Allah. Sesungguhnya kamu berdua adalah ahli baitku, dan aku
harus menjadi orang yang menyeru kamu berdua pertama kali.
Bersaksilah bahwa Allah itu satu, tidak ada sekutu bagi-Nya dan
tinggalkanlah semua yang kamu sembah kecuali Allah."
Mendengar itu Kan'an melihat ke arah ayah dan ibunya. Sang ibu pula
memandang kepadanya seraya mengangguk dan berkata: "Kami tidak akan
meninggalkan penyembahan tuhan-tuhan kami dan tuhan-tuhan kaum kami
semua." Dan Kan'an pula berkata, setelah, mendengar apa yang
dikatakan oleh ibunya itu: "Wahai, ayah, kulihat ayah menolak
ucapannya."
Nabi Nuh menjawab: "Tidak mungkin aku akan meninggalkan risalah yang
dibebankan oleh Allah kepadaku untuk kusampaikan kepada umat manusia?
Kamu berdua terus-menerus menyembah batu dan kayu yang tidak dapat
mendatangkan mudarat ataupun manfaat; dan kamu enggan menyembah Tuhan
yang Maha Esa lagi Berkuasa."
Mendengar perdebatan itu, anak-anak Nabi Nuh yang lain terbangun dari
tidurnya. Mereka semua bangun dan menghampiri ketiga orang itu, untuk
mengetahui masalah yang sebenarnya terjadi. Melihat itu sang ibu
segera berkata kepada mereka semua. "Ayahmu menghendaki agar kita
meninggalkan tuhan-tuhan yang biasa kita sembah untuk kita menyembah
tuhannya yang ia katakan telah mengutusnya untuk membimbing manusia."
"Siapakah Tuhanmu itu, ayah?" Tanya anak-anak Nabi Nuh kepada ayah
mereka.
"Dia adalah Pencipta langit dan bumi serta semua makhluk yang ada di
atas alam ini. Dialah yang memberi rezeki, mematikan semua manusia di
hari perhitungan (kiamat)," jawab Nabi Nuh. "Di manakah Dia berada,
Ayah? Apakah Ia berada di Makbad besar bersama tuhan-tuhan yang biasa
kami sembah?" Tanya salah seorang di antara anak-anak Nabi Nuh.
"Anak-anakku," kata Nabi Nuh: "Sesungguhnya Allah tidak dibatasi oleh
ruang atau waktu. Dia adalah Pencipta ruang dan waktu itu sendiri.
Dia tidak dapat dilihat oleh mata kita."
"Jika demikian, bagaimana kita mengetahui bahwa Dia ada?" Tanya yang
lain.
Nabi Nuh menjawab: "Dari tanda-tanda kekuasaan-Nya atas segala
sesuatu dari ciptaan-Nya dan pengadaan-Nya, dari langit yang
ditinggikan-Nya tanpa tiang; dari bumi yang dihamparkan-Nya dan di
dalamnya terdapat sungai-sungai dan lautan; dari hujan yang tercurah
dari langit dan menumbuhkan tanaman yang memberikan sumber rezeki
manusia dan haiwan-haiwan; dan dari kekuasaan-Nya menciptakan manusia
dan mematikan mereka; yang semua itu ada di hadapan kita."
Mendengar itu, anak-anak Nabi Nuh serentak berkata: "Allah telah
melapangkan hati kami untuk menerima kebaikan yang ayah serukan."
Betapa terperanjatnya hati isteri Nabi Nuh tatkala mendengar
pengakuan terus terang anak-anaknya akan risalah yang diserukan Nabi
Nuh. Ia segera bangkit dari duduknya dan menghampiri Kan'an, sambil
berkata kepada suaminya."Telah rosak akal anak-anakmu dengan seruan
itu. Tuhan kami akan mengutu dan menurunkan seksa kepadamu!"
Ketika wajah anak-anak mereka menampakkan kehairanan Nabi Nuh
menjawab: "Nanti kamu akan mengetahui bahwa berhala-hala itu tidak
berkuasa memberikan manfaat dan tidak kuasa pula menolak kemudaratan
atas dirinya. Bagaimana ia akan berkuasa berbuat sesuatu kepada yang
lain?"
Isteri Nabi Nuh tidak berhenti dalam usaha menghalang-halangi dakwah
kebajikan yang diserukan oleh Nabi Nuh kepada kaumnya. Setiap datang
jiran tetangga yang hendak beriman kepada ajaran Nabi Nuh, dan
meminta pendapat isteri Nabi Nuh dalam hal itu, isteri Nabi Nuh
selalu mencadangkan orang-orang itu agar tidak mengikuti seruan
suaminya. Bahkan ia berkata kepada mereka: "Sekiranya seruan Nuh itu
baik, nescaya aku dan anakku, Kan'an mengikutinya." Dengan pertanyaan
isteri Nabi Nuh itu, pulanglah para tetangga itu dengan hati yang
yakin, dan hilanglah keraguan terhadap tuhan-tuhan yang biasa mereka
sembuh.
Beberapa tahun telah berlalu, dan isteri Nabi Nuh bukannya semakin
condong kepada ajaran suaminya. rasa pertentangannya dengan Nabi Nuh
bahkan semakin besar dan kuat. Bersama berlalunya waktu, isteri Nabi
Nuh semakin berpaling dari seruan kebenaran yang disampaikan oleh
suaminya. Ia berkata kepada Nabi Nuh: "Tidak ada yang mengikutimu
kecuali hanya beberapa orang miskin. Sekiranya bukan karena
kemiskinan yang mereka derita, nescaya mereka tidak akan mengikutimu.
Bukankah hal ini cukup menjadi bukti bagimu bahwa seruanmu itu batil?
Semua orang memperolok-olokkanmu. Maka sebaiknya kamu hentikan
seruanmu itu kepada manusia...."
Meskipun demikian, Nabi Nuh tetap berjalan di atas kebenaran Ilahi
yang menuntut kepada kebajikan. Ia pikul semua penderitaan dan
kejahatan orang yang merintanginya untuk menyampaikan risalah
Tuhannya, meskipun bertahun-tahun jumlah kaum mukminin tidak lebih
dari seratus orang. Nabi Nuh selalu berdoa kepada Allah: "Ya Tuhanku,
sesungguhnya aku telah menyeru kaumku malam dan siang. Maka seruanku
itu hanya membuat mereka lari dan semakin menjauh.
Dan sungguh, setiap kali aku menyeru mereka agar engkau mengampuni
mereka, mereka memasukkan anak jari ke dalam telinganya dan menutup
dirinya dengan pakaiannya dan mereka tetap ingkar dan menyombongkan
diri dengan keangkuhan.
Kemudian kuseru mereka dengan terang-terangan. Dan berbicara kepada
mereka di halayak ramai, dan juga dengan diam-diam. Maka. Aku katakan
kepada mereka: "Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sungguh, Dia Maha
Pengampun. Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat,
dan memperbanyak harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-
kebun, dan mengadakan (pula di dalamnya) sungai-sungai untukmu.
Mengapa kamu tidak percaya akan kebesaran Allah? Padahal sesungguhnya
Dia telah menciptakan kamu dalam beberapa tingkat kejadian? Tidakkah
kamu perhatikan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh langit
bertingkat-tingkat? Dan Allah menciptakan padanya bulan sebagai
cahaya, dan menjadikan matahari sebagai pelita? Dan Allah menumbuhkan
kamu dari tanah dengan sebaik-baiknya, kemudian dia mengembalikan
kamu ke dalam tanah dan mengeluarkan kamu (darinya pada hari kiamat)
dengan sebenar-benarnya?
"Dan Allah menjadikan bumi untukmu sebagai hamparan supaya kamu
melalui jalan-jalan yang luas di bumi itu?"
Nuh berkata: Ya, Tuhanku, sesungguhnya mereka telah menderhakaiku,
dan telah mengikuti orang-orang yang harta dan anak-anaknya tidak
menambah kepadanya melainkan kerugian belaka. Dan melakukan tipu daya
yang amat besar."
Dan mereka berkata: "Jangan sekali-kali kamu meninggalkan
(penyembahan) tuhan-tuhan kamu dan jangan pula sekali-kali kamu

meninggalkan (penyembahan) Wadd dan jangan pula Suwa, Yaghuts, Ya'uq,
dan Nasr."
"Dan sesungguhnya mereka (sembahan-sembahan berhala) telah
menyesatkan orang ramai. Maka, janganlah Engkau tambahkan bagi orang-
orang yang zalim itu selain kesesatan."
(Lihat surah Nuh ayat 5-24) Allah memerintahkan Nabi Nuh membuat
sebuah bahtera. Pada suatu hari, isteri Nabi Nuh melihat suaminya
mendatangkan kayu-kayu dan menyuruh para pengikutnya agar meletakkan
kayu-kayu itu di tengah-tengah kota, padahal kota itu jauh dari laut
dan sungai. Maka, bertanyalah sang isteri kepada suaminya. "Apakah
yang akan engkau perbuat dengan semua kayu ini, Nuh?"
"Aku akan membuat sebuah bahtera," jawab Nabi Nuh. "Mengapa engkau
membuat bahtera, sedangkan di sini tidak ada lautan atau sungai yang
dapat melayarkannya?" Tanya isteri Nabi Nuh.
Nabi Nuh menjawab: "Bahtera ini akan belayar ketika datang perintah
Allah."
Kembali isteri Nabi Nuh menyanggahnya: "Bagaimana orang yang berakal
akan percaya dengan ungkapanmu itu?"
"Nanti engkau akan melihat bahwa hal itu akan terjadi," kata Nabi
Nuh.
Setelah beberapa langkah isteri Nabi Nuh meninggalkan tempat itu, ia
masih sempat bertanya sekali lagi: "Apakah bahtera ini akan berlayar
di atas pasir?"
Nabi Nuh menjawab dengan penuh keyakinan: "Tidak! Tetapi banjir akan
menenggelamkan bumi dan orang-orang yang menentang kami, dan kaum
mukminin akan selamat di atas bahtera..."
Maka, pergilah isteri Nabi Nuh untuk menyelesaikan urusannya. Dia
tidak percaya sedikit pun pada apa yang dikatakan suaminya itu.
Walaupun begitu, ia sebenarnya merasa hairan kepada berita yang
disampaikan oleh Nabi Nuh. Ia bertanya-tanya kepada dirinya
sendiri. "Nanti akan engkau saksikan, apakah Nabi Nuh akan
membiarkanmu berlayar bersamanya di atas bahtera!"
Belum selesai ia memikirkan hal yang menghantui fikirannya itu,
terdengar suara Kan'an memanggilnya. "Apakah bahtera itu, ibu?"
Maka, ibunya mengisahkan peristiwa dialog antara dirinya dan Nuh, dan
mengkhabarkan pula kepada Kan'an bahwa ayahnya akan membuat sebuah
bahtera di tengah kota. Kan'an nyaris tidak mendengar semua cerita
ibunya, karena ia menjadi tertawa terbahak-bahak tiada henti.
Kemudian ia berkata: "Kalau begitu, benar apa yang dikatakan orang
tentang ayahku!"
Isteri Nabi Nuh memandang anaknya sambil menyesali dirinya. "Aduhai
malangnya nasib yang membuatku menjadi isteri lelaki itu selama
bertahun-tahun. Berapa lama lagi aku harus menanggung sengsara dan
celaka seperti ini?" Kemudian ia membawa anaknya pergi ke Makbad
Besar.
Di Makbad Besar, sekelompok orang sedang berbantah-bantah tentang
Nabi Nuh. Melihat isteri Nabi Nuh dan Kan'an datang mereka segera
berkelompok di sekelilingnya dan berkata kepadanya. "Benarkah berita
yang sampai kepada kami bahwa Nuh akan membuat sebuah bahtera?"
"Hal itu aku dengar dari mulut Nuh sendiri," jawab isteri Nabi Nuh.
Bertambahlah kemarahan orang-orang itu. Jika hal itu dimaksudkan
sebagai olok-olok Nuh kepada mereka, maka mereka akan mengusir Nabi
Nuh dari negeri mereka. Kaum Nabi Nuh tersebut kemudian pergi ke
tengah kota. Di sana Nabi Nuh sedang mempersiapkan kayu-kayu untuk
dibuat bahtera. Di sekelilingnya ada sekelompok orang-orang yang
beriman kepadanya yang membantunya menyediakan kayu-kayu itu.
Sementara itu, kaum Nabi Nuh mulai mengolok-oloknya. Salah seorang
dari mereka berteriak. "Baiklah, Nuh! Nyata sekali bahwa kamu akan
datang dengan membawa bahtera kepada kami di sini, sehingga kami
dapat naik bahtera yang kamu buat di atas padang pasir yang tandus
ini!"
Suara yang lain terdengar: "Baiklah, Nuh! Apakah kamu akan menyuruh
kaum mukminin untuk datang kepadamu dengan membawa bekas-bekas yang
penuh air untuk dituangkan ke bawah bahtera ini sehingga engkau dapat
membuat sebuah kolam yang di atasnya bahteramu belayar?"
Yang lain lagi berseru." Hal itu tentu saja akan memakan waktu
beberapa ratus tahun, tahukah kamu, Nuh?"
Kemudian di antara mereka ada yang tertawa sambil mengejak Nabi Nuh."
Dan semua air akan diserap oleh pasir..."
Nabi Nuh tidak memberikan jawapan terhadap ejekan-ejekan dan cemuhan-
cemuhan mereka itu melainkan hanya berucap dengan beberapa kalimat
pendek: "Jika kamu memperolok kami, kami pun akan memperolokkan kamu,
sebagaimana kamu memperolokkan kami! Tapi kamu akan sedar, kepada
siapa akan datang azab yang meliputi dirinya dengan kehinaan. Dan
kepada siapa akan turun azab yang tiada akhirnya."
(Surah Hud ayat 38-39) Beberapa tahun telah berlalu. Nabi Nuh telah
menyelesaikan bahtera ciptaannya. Sementara itu, ejekan yang datang
dari kaum di sekelilingnya tidak berhenti, siang dan malam. Isteri
Nabi Nuh dalam hal itu selalu memberitahu kaum musyrikin tentang
kesedihan suaminya selama itu. Mendengar berita itu, makin
bertambahlah kegembiraan hati mereka.
Pada suatu hari, isteri Nabi Nuh terbangun dari tidurnya karena
sesuatu yang menggelisahkan hatinya. Di rumahnya, Nabi Nuh
mengumpulkan setiap jenis haiwan dan burung, masing-masing sepasang.
Melihat perbuatan Nabi Nuh itu, isterinya bertanya. "Nuh, apa yang
kamu lakukan? Dan ke mana kamu akan pergi dengan semua haiwan dan
burung itu? Apakah kaum mukminin yang bersamamu akan makan haiwan-
haiwan dan burung-burung itu, dan engkau tinggalkan kami di sini
tanpa apa-apa?"
"Tuhanku telah memerintahkan kepadaku untuk membawa haiwan-haiwan dan
burung-burung di dalam bahtera!" Jawab Nabi Nuh.
Dengan agak pelik, isteri Nabi Nuh bertanya: "Bagaimana Tuhanmu
memerintahkan seperti ini?"
Nabi Nuh menjawab: "Kelak akan kubawa setiap pasang binatang dan
semua kaum mukminin di dalam bahtera ini, dengan kebenaran yang
diperintahkan oleh Tuhanku kepadaku."
Isteri Nabi Nuh tidak mahu diam. Ia bahkan berusaha membantah sambil
berkata: "Apa yang akan kamu lakukan dalam bahtera itu? Apakah kalian
akan meninggalkan rumah dan hidup bersama haiwan-haiwan dan burung-
burung ini?"
Nabi Nuh menjawab: "Kelak air akan menenggelamkan segala sesuatu, dan
tidak ada yang akan selamat kecuali siapa yang naik ke atas bahtera
ini, kemudian memulai kehidupan baru yang muncul dengan fajar
keimanan!"
Kali ini isteri Nabi Nuh benar-benar merasa takut dan ngeri dengan
ucapan suaminya itu. Namun, karena keingkarannya telah keras membatu,
ia tetap berusaha menekan rasa takutnya itu. Segera ia pergi untuk
memberitahu kaumnya tentang yang diperbuat suaminya. Maka, bertambah
keraslah ejekan mereka kepada Nabi Nuh dan apa yang diperbuatnya.
Ketika datang masa yang dijanjikan oleh Allah, terperanjatlah kaum
Nabi Nuh melihat datangnya banjir yang besar serta merta. Pintu-pintu
langit terbuka dan mencurahkan air hujan ke bumi, sedangkan Nabi Nuh
bersama orang-orang yang beriman belayar di atas bahtera tanpa
isterinya dan Kan'an puteranya. Mereka berdua menolak ketika Nabi Nuh
memerintahkannya agar ikut bersama ke atas bahtera. Bahkan mereka
berkata: "Aku akan mencari perlindungan ke gunung yang dapat
menyelamatkan daku dari banjir!" (Hud ayat 43)
Banjir terlalu besar, hingga puncak gunung pun tenggelam. Maka
tenggelamlah sang ibu bersama puteranya dalam gelombang banjir yang
dahsyat. Kisah mereka di dalam Al-Quran sentiasa menjadi tanda dan
peringatan bagi seluruh kaum mukminin bahwa petunjuk itu kadang-
kadang terasa lebih jauh meskipun bagi orang yang paling dekat dengan
pemberi petunjuk itu sendiri.
Wednesday, November 27, 2013
silaturrahim
Tidak Masuk Syurga Memutuskan Silaturrahim (Akhir)
بسم الله، والØمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصØبه ومن والاه
(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)
Hukum memutuskan silaturrahim
Memutuskan silaturrahim pula hukumnya haram dan dikira melakukan maksiat besar sehingga mendapat laknat dari Allah Subhanahu wa Ta'ala, Sebagaimana firmanNya:
Maksudnya: "(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan-jika kamu dapat memegang kuasa-kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?. (Orang-orang yang melakukan perkara-perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya." (Surah Muhammad: Ayat 22-23)
Apatah lagi orang yang memutuskan silaturrahim ini tidak masuk syurga, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam:
َMaksudnya:
"Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan." (Hadits riwayat Muslim)
Bagaimana menghubungkan silaturrahim?
Menurut Ibnu Abu Jamrah bahawa hubungan silaturrahim boleh dieratkan dengan memberi harta, memberi bantuan dan pertolongan dalam menyampaikan hajat, menolak kemudharatan,
bersemuka, mendoakan, mengeratkan dengan apa yang termampu daripada perkara kebajikan dan menolak apa yang termampu daripada keburukan.
Sementara bagi mereka yang jauh bolehlah juga berhubung dan berkirim salam dengan berutus surat, akan tetapi jika mampu adalah afdhal untuk menziarahi mereka. Begitu juga dengan mendermakan harta kepada kaum kerabat. Bersedekah kepada kaum kerabat adalah lebih afdhal dari orang lain, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam:
الصَدََقةُ عََلى اْلمِسْÙƒِÙŠْ ِ Ù†: صَدََÙ‚ٌØ©، Ùˆَعََلى Ø°ِÙŠ الرَØْ ِ Ù… اِْثنَتَانِ: صَدََÙ‚ٌØ© ÙˆَصِÙ„ٌَّØ©.
(سنن الدارمي)
Maksudnya: "Memberi sedekah kepada orang miskin dikira: satu sedekah, dan memberi sedekah kepada mahram dikira dua iaitu: sedekah dan mengeratkan hubungan." (Sunan ad-Darimi)
Bolehkah menjalinkan hubungan silaturrahim dengan orang kafir?
Dalam hal ini, Allah Subhanahu Wa Ta'ala tidak melarang berbuat baik kepada orang kafir sebagaimana firmanNya:
Tafsirnya:
Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
(Surah al-Mumtahanah: Ayat 8)
Keistimewaan atau kelebihan mengeratkan silaturrahim
Orang yang mengeratkan silaturrahim akan mendapat sepuluh kelebihan yang terpuji sepertimana disebutkan dalam kitab Bujairimi Ala al-Khatib:
1. Allah Subhanahu Wa Ta'ala redha kerana Dia memerintahkan supaya mengeratkan silaturrahim.
2. Membawa kebahagiaan.
3. Para malaikat gembira kerana mereka gembira dengan eratnya silaturrahim itu.
4. Memperolehi pujian yang baik daripada orang.
5. Mengisi kesedihan Iblis.
6. Dipanjangkan umur.
7. Menperoleh keberkatan rezeki.
8. Orang yang meninggal dunia mendapat kebahagiaan kerana keturunannya gembira dengan eratnya silaturahim itu.
9. Bertambah-tambah kehormatannya.
10. Bertambah-tambah pahala selepas matinya kerana orang-orang mendoakannya setiap kali disebut kebaikkanya.
Oleh yang demikian, eratkanlah silaturrahim dalam mencapai keistimewaan yang tersebut di atas dan jauhilah dari perkara yang boleh memutuskannya. Tanganilah masalah keluarga dengan
perasaan rasional dan eratkanlah semula perhubungan yang sudah retak itu dengan rasa kesedaran serta keinsafan, apatah lagi keranamereka yang tidak mahu berdamai itu akan dipertangguhkan keampunannya, sepertimana hadis Rasullullah Shallallahu 'alaihi
wasallam yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu:
Maksudnya:
"Dibuka pintu-pintu syurga itu pada hari Isnin dan Khamis, Setiap orang yang tidak mempersekutukan Allah dengan sesuatu apapun akan diampuni, kecuali seseorang yang sedang dalam permusuhan dengan saudaranya. Dikatakan: Tangguhkanlah keduanya sampai mereka mau berdamai. Tangguhkanlah keduanya sampai mereka mau berdamai. Tangguhkanlah keduanya sampai mereka mau berdamai." (Hadits riwayat Muslim)
Begitu juga mendamaikan di antara dua pihak yang berselisih itu hendaklah dengan adil dan saksama dengan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang berselisih, kerana semua orang yang
beriman itu bersaudara dan bertanggungjawab dalam mendamaikan saudaranya yang lain sebagaimana firman Allah Subahanahu Wa Ta'ala:
Tafsirnya:
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah di antara kedua saudara (kamu yang bertelingkah) itu. (Surah Al-Hujurat: Ayat 10)
Sumber : Mufti Brunei
Memutuskan Silaturahim: Satu Dosa Besar
ii) Membina dan mengeratkan silaturahim adalah merupakan satu tugas dan tuntutan yang wajib di sisi Islam di mana Rasulullah s.a.w amat membenci golongan yang suka memutuskan hubungan persaudaraan sesama manusia sebagaimana sabda baginda yang maksudnya: Tidak halal bagi seorang muslim menjauhi (memutuskan) hubungan dengan saudaranya melebihi tiga hari.
iii) Mewujudkan silaturrahim bukan sekadar membawa maksud menyambung kembali ikatan persaudaraan yang telah retak atau memulihkan semula ketegangan dalam perhubungan malah ia membawa erti yang lebih luas lagi iaitu membina kemesraan dan keakraban dengan sesiapa sahaja menerusi sifat saling membantu, bertolak ansur dan sebagainya.
iv) Biasanya punca permasalahan dan gejala keretakan persaudaraan didahului dengan pertengkaran dan saling menjauhkan diri. Maka adalah menjadi kewajipan bagi seorang muslim yang lain mengajak saudaranya yang bertelagah itu ke jalan perdamaian sama ada dengan cara mendatangi, menyapa atau memberi salam serta diikuti dengan ucapan meminta maaf.
v) Seseorang yang sedang berada dalam suasana tegang (perselisihan faham) hendaklah membanyakkan sabar dan bersikap terbuka serta mengalah untuk meminta maaf atau memaafkan orang lain. Jangan bersikap sombong dan angkuh serta menganggap diri sentiasa benar atau betul kerana inilah punca terjadinya keretakan hubungan yang berterusan. Sesungguhnya dosa sesama insan hanya boleh dimaafkan oleh manusia itu sendiri dan bukanlah boleh diampunkan oleh Allah S.W.T.
Doa untuk anak
Doa untuk anak
Doa ibubapa untuk anak-anaknya sangat makbul. Jangan sia-siakan kemuliaan yang Allah kurniakan kepada ibubapa iaitu mustajabnya doa ibubapa untuk anak-anak.
Saturday, April 20, 2013
The Railway Children - video
https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=H7PUJwjUBx4#!
<iframe width="420" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/H7PUJwjUBx4" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>
Tuesday, April 2, 2013
Interesting event in The Railway Children
1. MOTHER FALLS ILL ( CHAPTER 3 )
Mother ill. Peter fetches Dr Forrest. The doctor gives the a list of food and other special things that mother needs. When Bobbie shows the list to mother, says that they have no money to buy the on the list. The children think hard on ways get the things for their mother and finally decide ask for the old gentleman’s help. They write a on a white sheet for the old gentleman on 9.15 train. It tells him to look out for at the station. At the station, Phyllis gives the gentleman a letter. The letter explains what happened to children’s mother and asks the old gentleman for help get the things on the doctor’s list. That evening, delivers a large box to the children’s house. Inside box are all the things in the list plus extra things and a letter from the old gentleman.
. SAVING THE TRAIN ( CHAPTER 5 ) - THE RED-PETTICOAT DAY.
One day, the children took a walk along top of the hill beside the railway line. Suddenly, heard a noise and saw half the hillside crashed onto the railway line below. The children realised that 11.29 a.m train would be in danger. Peter suggested they use something red to wave at the train make it stop. Phyllis thought that they could use petticoats as they are red so they used the ’ red petticoat to make six flags to warn the . After a while, the train came very fast and two flags that they had pushed into the heaps stones fell over. Bobbie was afraid that the train not see them. She picked up one of the and ran on to the line waving the two and shouting “stop, stop!”.. The train stopped just twenty away from Bobbie. They managed to save the train stop a very bad accident.
3. A BIRTHDAY FOR PERK( CHAPTER 6 )
Mother told that she had a story so they could have cakes for tea. children asked to have cakes on Thursday because they to make a birthday tea for Perks since he been very good to them.
As cakes alone did seem a very exciting birthday present , Peter thought asking everybody in the village to help them give a nice birthday. Not everyone was kind. Old Mrs said no one remembered her birthday so she did want to help but many gave them all kinds things to Perks.
The next day, Bobbie and Phyllis Mrs. Ransome roses and a handkerchief for her birthday. Thursday, the children went around to collect presents the had promised. Mrs Ransome also gave Perks some red and a pram. At three o’clock, the children took presents and the pram to Perks’ house.
When Perks home and saw the pram and the presents, he angry. He thought people would laugh at him for poor and needing charity. Bobbie explained that the people pleased and happy to give him birthday presents. They to give him the presents because they liked him. calmed down. He was glad that his neighbours thought kindly of him. The children stayed for tea.
D:\1 literature\Event_railway_children.htm
Event_railway_children.
Monday, March 18, 2013
Priority test
Priority Test
We often get in situations when we take decisions without a second thought and this is the right moment to find out what type of person we are.
What would you do first if you were in a situation where:
Think about what you will do first, then second and so on. Scroll down to see the explanation.
Action | Priority |
Attend the phone | Career and job |
See who is at the door | Friends and relatives |
Pick up the clothes | Sex |
Attend the baby | Family |
Switch the tap off | Wealth |