Wednesday, June 2, 2010

Resepi untuk Lamb Chop Alumni BBQ

Thank You MLan For this Recipe..... Hanya Allah yang dapat membalasnya.. Resepi yang sungguh sedap..


Utk yang berminat...Zurina, Norlida, Almin, Kamsari, Mood, dan yang lain2...
>Dengan lafas Bismillahhirrahmann irrahim.. .saya dengan ini merasmikan.. ..
>
>Main ingredient;
>Sos BBQ ...yang halal dan selera tuan/puan
>Pure Honey...Yang bagus madu Tualang...bukan Madu...Madu 3
>Kicap soya cair
>Sos Tiram
>Lada hitam Serawak...ditumbuk atau blend..kalau malas sos lada hitam pun boleh...
>
>Cara;
>Sukatan ikut selera dan lihat kuantiti daging nak diperap...biar pekat dan jika lebih boleh dibuat sos dan di ulang guna..
>campur kesemua dalam bekas yang sesuai
>rasa mengikut selera masing2.
>Celupkan daging kambing kedalam adunan..
>kemudian angkat dan susun dalam bekas bertutup dan masukkan kedalam peti sejuk..(bukan tempat ais)
>perap sekurang2nya 24 jam...lebih lama lagi meresap...( jangan terlalu lama hingga rosak)
>Sos lebihan dimasak sehingga pekat untuk dijadikan sos...atau dibuat celupan sebelum dipanggang..
>Sila pastikan anda memanggang guna Bara bukan membakar...guna api...or Pan Fry...
>
>Cara memanggang;
>Guna Arang yang sepertimana Ron beli...(rujuk Ron)
>bakar arang sehingga tinggal Bara...
>Daging Kambing "slice" cepat masak...maka kerap balik2kan...
>sekiranya api mula menyambar..maknanye daging dah masak...
>pastikan air daging yang keluar jernih tanpa darah...
>pastikan hasilnya daging panggang dan bukannye arang..(rentung)
>
>Rahsia;
>membasuh daging dan perap ...
>perlu di marinade dan serinade dengan penuh perasaan kasih sayang kpd yang nak diberi makan ...InsyaAllah. ..
>
>Selamat Mencuba...boleh dipraktik untuk segala jenis daging kecuali ikan...
>

No comments:

Post a Comment