Monday, November 14, 2011

Satu lagi EMAS untuk sekolah

Tahniah Mohd Syafiq Abdullah , 4 Baiduri kerana menyumbang pingat emas 

Malaysia Raih 12 Pingat Emas Pada Inova 2011 Di Croatia
Secara keseluruhannya, lapan pingat emas disumbang oleh para penyelidik UniMAP, dua pingat emas oleh UMP dan masing-masing satu pingat emas oleh Sekolah Menengah Sains Kuching dan Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra pada penyertaan kali pertama Malaysia di INOVA 2011.



Malaysia Raih 12 Pingat Emas Pada Inova 2011 Di Croatia
KANGAR, 13 Nov (Bernama) -- Malaysia meraih 12 pingat emas pada Pertunjukan Reka Cipta Antarabangsa (INOVA) ke-36 yang berlangsung selama enam hari di Zagreb, Croatia yang berakhir hari ini.

Selain emas, Malaysia yang diketuai Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) turut memenangi enam pingat perak dan lima pingat gangsa pada pertandingan yang pertama kali disertainya.

Turut mewakili negara pada INOVA 2011 itu ialah Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Sekolah Menengah Sains Kuching, Sarawak, Sekolah Menengah Teknik Telok Intan, Perak dan Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Perlis

Menurut siaran media UniMAP hari Ahad, pertandingan berprestij yang disertai para penyelidik dari lebih 22 negara itu turut menyaksikan penyelidik UniMAP Prof Madya Dr Hazry Desa dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pereka Cipta Terbaik melalui produk penyelidikannya "e-SAVE:Easy Sprayer Aerial Vehicle" selain turut memenangi pingat emas.

Produk penyelidikan Hazry yang menggunakan teknologi sensor disasarkan kepada golongan petani bagi memudahkan urusan penyemburan racun, baja dan menyiram tanaman. Secara keseluruhannya, lapan pingat emas disumbang oleh para penyelidik UniMAP, dua pingat emas oleh UMP dan masing-masing satu pingat emas oleh Sekolah Menengah Sains Kuching dan Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra pada penyertaan kali pertama Malaysia di INOVA 2011.

Sementara itu, Naib Canselor UniMAP, Prof Datuk Dr Kamarudin Husin berkata, kejayaan memberangsangkan itu merupakan titik permulaan perjalanan yang baik untuk memacu penyelidikan UniMAP ke persada antarabangsa.

Beliau berkata UniMAP mempertaruhkan tujuh produk penyelidikan pensyarah dan lapan produk penyelidikan Kelab Penyelidik Muda ENVEX (EYReC) yang dianggotai para pelajar universiti itu.

EYReC diwujudkan oleh UniMAP bagi membentuk kumpulan penyelidik muda di kalangan para pelajarnya.

Penyertaan UniMAP membuahkan kejayaan 100 peratus bagi kategori pensyarah dengan mendapat empat pingat emas, dua perak dan satu pingat gangsa manakala para penyelidik muda UniMAP dari EYReC pula menyumbangkan empat pingat emas dan satu perak," katanya.

Selain Hazry, pingat emas oleh pensyarah UniMAP turut disumbangkan oleh Prof Dr Syed Alwee Al-Junid Syed Junid melalui produk "Modified Double Weight (MDW) Code For OCDMA FTTH Network Using FPGA Based, Prof Madya Che Mohd Ruzaidi Ghazali melalui produk "RP Fiber - Recycled Plastic Fiber" dan Mohd Mustaffa Al-Bakri Abdullah melalui produk "A Novel Green Cement."

-- BERNAMA (Credits to Bernama for the article)

No comments:

Post a Comment